Unfortunately we don't have anywhere in to try Archies Flip Flops on before purchasing, however, we will look to change this shortly. Watch this space!
Kami menerima semua kad kredit utama
Kami menerima semua kad kredit utama - MasterCard, Visa, American Express dan PayPal.
We fulfil orders from our warehouse in Melbourne. As such, shipping times may vary depending on the country you are in. Most orders should take 10 - 14 business days. However, from November - January, it could take between 20 - 25 business days due to high order volumes.
Anda akan menerima e-mel pemberitahuan penghantaran automatik kepada alamat e-mel yang anda gunakan untuk membuat pesanan.
Dengan e-mel ini, jika anda mengklik nombor penjejakan di dalam e-mel ini, anda akan dapat menjejak status penghantaran bungkusan anda kepada alamat penghantaran yang anda pilih.
Yes express post is free to Asia
Delivery times vary between 3-5 days depending on your location.
Yes, we do.
Yes, but it depends on when you order and when you contact us!
If you contact us before the order is ready for picking, we can make an order change. Once the order has been picked, unfortunately, due to the way our system works, we are unable to change the order.
If it is after your order has been picked, then we will issue you a postage label so you can return the flip flops to us.
Orders are picked at 1:00 pm each day. If your order is received after 1:00 pm, then it will be picked at 1:00 pm the following day.
If you have made a mistake, please contact us as soon as you realise so that we can correct this and so you can get your flip flops asap!
If you miss the order change deadline and your order has already been sent, you have two options.
Place another order straight away: If you need your flip flops urgently and cannot wait to return them, if you still wish to proceed with the order change, then we suggest to place another order straight away and when the incorrect flip flops arrive, send them back for a refund or exchange.
Please note; while we offer 100% FREE exchanges for swapping the size, colour, arch type etc. For a refund request, the customer is required to pay for the return postage.
If you do not want to pay for the return postage, then instead of sending the incorrect pair (s) back for a refund, when they arrive, you could instead consider sending the flip flops back for an exchange (which is 100% FREE of charge) and swap them for free for another size, colour etc.
Wait for the flip flops to arrive and send them back for a FREE exchange: If you are not in an urgent hurry to get your flip flops, then as we have 100% FREE exchanges, when the incorrect flip flops arrive to you, you can just send them back for a free exchange.
To send the flip flops back for an exchange or refund, we have an online refunds form to fill in. Please note; We are unable to process refunds unless this form has been filled in:
If you would like to swap the size, please click here.
If you would like to send them back for a refund, please click here.
Selipar Archies Flip Flops baik untuk mereka yang mengalami plantar fasciitis/taji tumit dan biasanya pilihan yang jauh lebih baik daripada memakai selipar rata biasa.
Selipar ini dibuat daripada bahan busa yang sangat lembut dan sangat selesa. Bahan busa khusus ini mempunyai kapasiti penyerap gegaran yang sangat tinggi, sangat berkesan untuk mengurangkan tekanan dan ketegangan yang jika tidak akan dipindahkan ke struktur penting kaki seperti tumit dan plantar fascia.
Sokongan ortotik/lengkungan pada selipar boleh membantu menghilangkan beban daripada plantar fascia yang boleh membantu menyediakan persekitaran penyembuhan yang lebih optimum jika dibandingkan dengan selipar rata.
Sebilangan besar Pakar Podiatrik dan Ahli Profesional Kesihatan lain yang menjual Selipar Archies di tempat rawatan mereka mengesyorkannya kepada pesakit sebagai alat pelengkap kepada ortotik dan kasut sokongan mereka yang lain.
Daripada berjalan di atas jubin dan papan lantai yang keras, Selipar Archies bagus dipakai di rumah sebagai selipar untuk menyokong tapak kaki dan membebaskan beban daripada plantar fascia.
Sebilangan pesakit plantar fasciitis/taji tumit mendapat hasil yang sangat mengagumkan setelah memakai selipar ini. Jangan malu untuk melihat ulasan beberapa pelanggan kami yang mengalami masalah ini mengenai faedah Selipar Archies dan baktinya kepada mereka dengan mengklik di sini.
Plantar Fasciitis / Taji Tumit adalah masalah yang sukar dirawat, tetapi memakai kasut yang betul adalah antara titik permulaan yang paling penting.
Selipar Archies sangat bagus untuk mereka yang mempunyai Bunion dan mungkin lebih baik daripada memakai selipar yang tiada sokongan.
Penting ditekankan bahawa setelah bunion membesar, ia tidak dapat disembuhkan kecuali dengan pembedahan. Jadi bunion akan tetap ada; namun faktor tertentu boleh menjadikannya semakin buruk, dan faktor-faktor inilah yang anda boleh ubah.
Terdapat banyak penyebab Bunion, faktor keturunan ialah penyebab utama yang anda tidak dapat ubah; namun, faktor yang anda boleh ubah ialah memakai kasut tanpa sokongan lengkungan.
Dengan alas kaki rata tanpa sokongan lengkungan, jika anda cenderung menghenyakkan tapak kaki keluar (pronat), ibu jari besar akan terhimpit ke dalam setiap kali tapak kaki anda menyentuh tanah. Setelah beberapa lama, pergerakan yang berulang-ulang dan himpitan pada jari kaki boleh menyebabkan bunion.
Walaupun kita tidak dapat mengubah bunion sedia ada, mengurangkan henyakan kaki melalui sokongan lengkungan akan membantu menghilangkan tekanan pada ibu jari kaki dan mencegah daripada lebih teruk selain melegakan kesakitan jika ada.
Antara kelebihan lain memakai selipar kepada bunion ialah kaki tidak terkurung di dalam kasut yang ketat yang boleh menyebabkan ibu jari kaki membengkok lebih jauh. Selipar bersifat terbuka, jadi tiada tekanan yang kuat kepada ibu jari.
Jadi ringkasnya, kita tidak dapat mengubah Bunion yang ada, namun, jika biomekanik kaki yang lemah menyumbang kepada masalah ini, memakai kasut yang betul adalah penting dalam memperlambatkan pertumbuhannya.
Selipar Archies boleh dipakai oleh pemakai ortotik dan menjadi pelengkap yang sempurna kerana ia mengandungi jumlah sokongan yang serupa dengan kebanyakan ortotik. Ini sebabnya selipar ini begitu popular dengan pakar podiatrik.
Kebanyakan Pakar Podiatrik dan Penjaga Kesihatan Profesional yang menjual Selipar Archies mengesyorkannya sebagai 'selipar di dalam dan luar rumah'. Daripada berkaki ayam di dalam dan luar rumah, memakai Selipar Archies apabila tidak memakai ortotik membolehkan anda mendapat sokongan penting sepanjang hari sambil merehatkan dan menganginkan kaki anda!
Ya! Selipar Archies boleh dipakai oleh mereka yang tiada masalah dengan kaki atau anggota sebelah bawah badan. Sebenarnya, walaupun Selipar Archies pelengkap yang sempurna kepada pemakai ortotik atau mereka yang mengalami masalah kaki, sebilangan besar yang memakai selipar kami tiada masalah kaki dan tidak memakai ortotik.
Ingat, masalah berkaitan reka bentuk selipar rata biasa bukan hanya ketiadaan sokongan. Masalah lain selipar biasa seperti tali yang longgar dan tiada ketinggian tumit juga merupakan kelemahan reka bentuk asas. Selipar Archies sangat sesuai untuk orang yang sukakan perasaan sokongan yang lebih tinggi atau mereka yang sekadar mahukan selipar yang sangat selesa!
Bahan utama yang digunakan untuk membuat selipar ini ialah busa berkualiti tinggi. Bahan ini tidak beracun dan merupakan bahan mentah utama yang digunakan dalam hampir semua asas kasut larian, kasut wanita, kasut sekolah dan selipar.
Selipar ini TIDAK mengandungi getah atau lateks. Selipar ini TIDAK mengandungi PVC atau Formamida.
Ya! Selipar kami 100% mesra vegan.
Selipar ini dibuat daripada busa sahaja, tiada derivatif digunakan dalam produk ini. Tiada ujian terhadap haiwan.
Kami syarikat Australia dan Selipar Archies direka bentuk di Australia, namun sifat khusus alas kaki kami dan ketiadaan pengilang yang sesuai di Australia, kami mengeluarkan selipar di kilang rakan niaga kami di China. Kilang kami antara yang terbaik di dunia membuat alas kaki jenis ini.
Kami mempunyai hubungan yang baik 'seperti keluarga' dengan kilang kami. Kami bercakap dengan mereka setiap hari, dan kami mengunjungi mereka sekurang-kurangnya sekali setiap dua bulan.
Kilang kami mempunyai polisi HR & Alam Sekitar yang sangat ketat dan keadaan di kilang cemerlang.
Pekerja kilang bekerja pada waktu biasa dan dibayar mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan untuk pekerjaan seperti ini; mereka berhak mendapat cuti tahunan, cuti sakit, dll.
Tiada jawapan yang tepat kerana ketahanan sepasang Selipar Archies bergantung pada banyak faktor berbeza, seperti kekerapan penggunaan, jenis penggunaan, permukaan yang dipakai, penjagaan produk dan sebagainya.
Umumnya selipar ini sangat kuat dan tahan lama. Biasanya ia akan usang sebelum putus! Ini yang sering diberitahu oleh pelanggan kami, dan sangat jarang kami mendapat aduan pelanggan mengenai ketahanan selipar kami.
Kami pernah melihat orang ramai memakai Selipar yang sama selama lebih 5 tahun; namun biasanya, cengkaman akan haus setelah memakainya selama ini.
Secara umum kami berpendapat dengan penjagaan yang betul, anda boleh memakainya selama satu hingga dua musim panas. Selepas tahun pertama, jangka hayat bergantung kepada faktor-faktor yang telah dibincangkan sebelum ini.
Selain itu, setiap orang mempunyai takrif yang berbeza tentang keadaan sudah usang dan belum usang! Walaupun kami yakin pemakaian Selipar Archies paling baik dan hebat untuk selipar seperti ini, ia hanyalah selipar (selipar yang sangat istimewa) dan setelah lama digunakan, akhirnya ia akan mula haus dan lusuh.
Jaminan kami melindungi selipar sehingga 6 bulan sejak penerimaan.
Secara keseluruhan, berdasarkan beribu-ribu pelanggan yang gembira, anda tidak sepatutnya bimbang sama sekali tentang ketahanan selipar kami. Ia sangat kukuh dan tahan lama.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila lihat bahagian Pengembalian & Jaminan tapak web ini.
Sebahagian besar tali dan pemisah jari selipar biasa dibuat daripada plastik keras yang biasanya menyebabkan kerengsaan, manakala Selipar Archies dibentuk dalam acuan sebagai satu, pemisah jari agak tipis dan dibuat daripada busa yang sangat lembut, jadi jarang menyebabkan kerengsaan.
Walaupun kami tidak dapat menjamin ini benar untuk anda, sejumlah besar orang yang biasanya tidak dapat memakai selipar atas sebab itu, memakai selipar Archies tanpa kerengsaan langsung!
Kami ada jaminan keselesaan 30 hari. Kami membenarkan anda memakai selipar ini selama 30 hari, dan jika anda tidak berpuas hati dengannya, anda boleh memulangkannya untuk bayaran balik penuh (termasuk caj pos anda yang asal jika ada). Anda hanya perlu membayar kos pengembalian.
Selipar Archies tidak mudah berpeluh dan jika berpeluh pun sama banyak sahaja dengan memakai selipar biasa.
Kami ada jaminan keselesaan 30 hari. Kami membenarkan anda memakai selipar ini selama 30 hari, dan jika anda tidak berpuas hati dengannya, anda boleh memulangkannya untuk bayaran balik penuh (termasuk caj pos anda yang asal jika dibayar). Anda hanya perlu membayar kos pengembalian.
Kadang-kala selipar baharu akan mendecit apabila peluh berkumpul di bawah tapak kaki. Decitan biasanya akan hilang setelah selipar dipakai, dan kilatan awal terhakis.
Terdapat dua sebab yang paling lazim selipar berdecit ketika berjalan biasa (bukan basah):
Peluh terkumpul di antara selipar dan tapak kaki, menyebabkan bunyi berdecit. Selipar bersentuhan dengan sesuatu yang menyebabkannya berdecit (biasanya kotoran, debu mikroskopik atau agen kimia seperti syampu atau perapi).
Sekiranya selipar anda berdecit dan ia tidak basah, kami mencadangkan:
Basuh di dalam air suam dan gosok dengan kuat menggunakan berus gosok kemudian keringkan menyeluruh dengan tuala.
Kami mendapati bahawa apabila ini berlaku, selipar telah bersentuh dengan sesuatu (yang tidak diketahui), dan mencuci dan mengeringkannya akan menghentikan decitan!
Sekiranya selipar terus berdecit ketika berjalan normal, setelah lama dipakai dan setelah anda mencucinya dengan teliti, biasanya 'mengkasarkan' permukaan selipar dengan kertas pasir kasar akan menghentikannya.
Selipar biasanya akan berdecit ketika basah seperti selepas berenang tidak kira sama ada yang baharu atau telah lama dipakai.
Bagaimanapun, setelah selipar dipakai, dalam keadaan biasa, ia tidak akan mendecit ketika berjalan normal (kecuali jika basah).
Selipar Archies sengaja direka bentuk dengan tali yang lebih ketat agar lebih baik untuk kaki anda dengan membolehkan fungsi kaki yang lebih optimum. Walau bagaimanapun, yang baiknya, walaupun tali yang ketat penting untuk fungsi kaki yang normal, sangat mudah untuk mengatasi masalah ini segera dengan meregangkan tali dengan tangan hingga mencapai tahap padanan yang anda inginkan!
Untuk arahan cara meregangkan tali dan maklumat lanjut mengenai sebab tali yang ketat penting, sila klik di sini.
Sila tatal ke bawah sehingga anda dapat melihat maklumat mengenai tali.
Walaupun tali Selipar Archie lebih ketat daripada selipar biasa, lama-kelamaan, tali akhirnya akan meregang dan hilang sedikit rasa ketat asalnya, serupa dengan pakaian yang akan meregang dari masa ke masa jika anda memakainya dengan kerap. Setelah diregangkan, tali tidak akan ketat kembali.
Bagaimanapun, jika tali anda meregang, ada beberapa helah untuk anda cuba ketatkannya kembali:
Kedua-dua kaedah untuk mengetatkan tali ini memerlukan sumber yang sangat panas, jadi BERHATI-HATI agar tidak melecur diri sendiri dan sila ambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan!
Pilihan 1 - Kaedah air panas:
Didihkan air di dalam cerek. Sumbat sinki dapur. Tuang air mendidih ke dalam singki. Letakkan selipar terbalik agar tali berada di dalam air panas. Biarkan selipar di dalam air selama 5 minit dan kemudian keluarkan. Tepuk selipar sehingga kering dan tunggu sehingga sejuk sepenuhnya sebelum mencubanya kembali. Kami mengesyorkan 8 jam penuh.
Pilihan 2 - Kaedah pengering rambut:
Anda biasanya memerlukan pengering rambut yang cukup / lebih kuat untuk melakukan ini.
Menggunakan pengering rambut, pada suhu paling panas, sembur udara panas kepada tali selama lebih kurang 2-3 minit.
*Jauhkan tangan anda daripada sumber udara panas dan berhati-hati agar pengering rambut anda tidak menjadi terlalu panas.
Ini akan mengecutkan tali dan menjadikannya lebih ketat. Biarkan sandal sejuk sepenuhnya sebelum mencubanya semula. Kami mengesyorkan 8 jam penuh.
*BERHATI-HATI AGAR TIDAK TERLALU MEMANASKAN pengering rambut anda.
Kedua-dua kaedah ini akan mengetatkan tali.
Sudah tentu, dengan kedua-dua kaedah tersebut, berhati-hati agar tidak melecur diri sendiri!
Ringkasnya, sebarang sumber haba tertumpu yang dikenakan pada kawasan tali hanya akan mengecutkan tali dan mengetatkannya semula. Biarkan selipar sejuk sepenuhnya sebelum mencubanya semula.
Tekstur Selipar Archies boleh berbeza bergantung pada bahagian kitaran pembuatannya.
Biasanya, selipar terasa 'seperti getah' yang selesa (walaupun selipar ini TIDAK mengandungi getah), kadang-kadang, apabila selipar masih baharu, ia terasa sedikit licin pada mulanya.
Jangan risau, ini akan cepat hilang, dan setelah beberapa kali dipakai, selipar ini akan menghasilkan tekstur 'seperti getah' yang selesa dan sangat nyaman di bawah tapak kaki anda!
Kebanyakan orang memakai Selipar Archies dan mereka seolah-olah tidak percaya terasa selesa serta merta! Namun bagi orang lain, mereka memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sokongan dan dalam keadaan tertentu, anda mungkin akan sakit sedikit.
Oleh itu dalam keadaan jarang berlaku anda rasa tidak selesa dengan Selipar Archies, jangan risau, setelah beberapa hari dipakai, selipar secara beransur-ansur akan mengikut bentuk kaki anda dan menjadi lebih selesa.
Ini serupa dengan mula-mula memakai ortotik, jarang akan terus rasa selesa dan sangat biasa bagi pengguna terasa sedikit sakit pada mulanya ketika kaki mereka menyesuaikan diri dengan lengkungan di bawah dan postur mereka diperbetulkan.
Untuk mengatasi masalah ini, ketika memakai ortotik buat pertama kalinya, pakar Podiatrik sering mengesyorkan agar anda memakainya untuk jangka masa yang pendek sementara kaki anda menyesuaikan diri dengan ortotik tersebut. Sekiranya anda mula memakai Selipar Archies buat pertama kalinya dan anda rasa tidak selesa, kami sarankan anda mengikuti prinsip yang serupa dengan yang disyorkan oleh pakar Podiatrik dan memakainya secara beransur-ansur. Cth - Cuba memakainya selama satu jam atau lebih sehari dan secara beransur-ansur meningkatkan masa sehingga kaki anda menjadi lebih selesa dengan lengkungan.
Kami ada banyak pengalaman dengan mereka yang hampir mahu membuang selipar ini ke dalam tong sampah kerana ketidakselesaan awal, kemudian tidak mahu menanggalkannya lagi setelah ia mengikut bentuk kaki mereka setelah beberapa minggu digunakan!
Sebenarnya, tinjauan pelanggan kami menunjukkan bahawa dalam kalangan sebilangan kecil mereka yang tidak selesa ketika mula-mula memakai selipar ini, 80% daripada mereka mula menyukainya setelah memakai dengan betul.
Kami biasanya mengesyorkan sekurang-kurangnya 2 minggu tempoh 'membiasakan diri' sebelum anda memutuskan sama ada selipar ini sesuai untuk anda.
Inilah sebabnya kami memberi Jaminan Keselesaan 30 Hari dengan membenarkan anda memakainya selama lebih 30 hari dan jika anda masih belum 100% berpuas hati, anda masih boleh menghantarnya kembali untuk bayaran balik penuh, walaupun sudah dipakai (untuk semua bayaran balik, anda hanya perlu membayar kos pos pengembalian tidak kira sama ada dalam keadaan baharu atau terpakai).
Faktanya, hampir sentiasa, setelah dipakai dengan betul, selipar akan menjadi sangat selesa.
Begitupun, kami sama sekali TIDAK menyarankan mana-mana pelanggan untuk mengabaikan kesakitan sebenar. Sedikit ketidakselesaan TIDAK MENGAPA, tetapi sakit, JANGAN!
Oleh itu, sekiranya anda rasa tidak selesa (bukan sakit), kami sarankan anda mengikut nasihat di atas dan melihat perkembangannya, anda sebenarnya tidak akan rugi apa-apa (tiada tambahan satu sen pun atau menjejaskan bayaran balik anda) dengan mencuba.
Sekiranya ada rasa kebas atau kesakitan yang berterusan, sila hubungi ahli profesional penjagaan kesihatan anda.
Sekiranya pemakaian tidak berfungsi, cuba Pembentukan Panas:
Proses terbaik untuk menjadikan selesa dipakai ialah memakainya secara beransur-ansur, namun, jika ketidakselesaan tersebut ketara atau tidak hilang juga, maka penyelesaian lain ialah dengan memanaskannya. Ini biasanya akan menyelesaikan masalah dengan serta-merta dan boleh dilakukan dalam beberapa minit. Sekali lagi sebagai penegasan, pembentukan panas tidak akan menjejaskan bayaran balik anda.
Untuk arahan cara membentuk panasSelipar Archies anda,sila klik di sini.
Untuk prestasi produk yang maksimum, apabila anda tidak memakai Selipar Archies, anda tidak sepatutnya meninggalkannya di tempat yang terdedah kepada suhu tinggi atau cahaya matahari langsung.
Membiarkan Selipar Archies terdedah kepada suhu yang terlalu tinggi dan/atau di permukaan yang panas, seperti di dalam kereta yang panas atau langsung di bawah sinar matahari boleh memberi kesan buruk kepada bahan selipar yang dalam keadaan tertentu, boleh menyebabkannya meleding dan/atau kecut.
Kedua, sama seperti semua produk, sinar matahari boleh menyebabkan warnanya pudar dan menjadikan bahan lebih rapuh.
Oleh itu, jika anda ingin mendapatkan yang terbaik daripada Selipar Archies anda, jika tidak memakainya, seperti ketika berenang atau berjemur, kami mengesyorkan agar ia ditutup dengan tuala atau pakaian lain dan jangan sekali-kali membiarkan selipar anda tidak tertutup di dalam kereta yang panas.
Sekiranya anda berjalan menuruni tebing yang sangat curam memakai selipar, pemisah jari akan tertekan secara berlebihan sehingga meregang. Sekiranya berjalan menuruni tebing yang sangat curam, cuba tanggalkan selipar, jika tidak, anda berisiko meregangkan tali.
Sekiranya Selipar Archies anda kotor, ia boleh dibersihkan dengan mudah dengan penyental hijau atau berus penggosok lain dan setelah membersihkannya, ia akan kelihatan baharu! Anda hanya memerlukan air suam untuk melakukannya dan membiarkannya kering sendiri. PENTING! Sebilangan orang ada beberapa cara 'menarik' membersihkan selipar mereka, seperti memasukkannya ke dalam mesin basuh pinggan atau mesin basuh. Suhu mesin basuh pinggan yang tinggi boleh menyebabkan selipar mengecut dan tali terlekat di dalam mesin basuh menyebabkan kerosakan. Menyental selipar dengan berus atau penggosok dengan kuat sudah cukup untuk membersihkan Selipar Archies anda.
Archies Flip Flops sizing runs very true to your normal running shoe size, so we suggest to select that for your size.
Note: If you are a half size we recommend ordering the size up.